About Me

My photo
nur azleen binti azizan. .19. makan-makan. buncit. sayang family. sedikit nakal. suka pepak ais ketol. terlalu syg kat mbe. susah sgt nak marah. wish all of u hepy befrend wif me.

hebat macam ultraman,mulia macam shin chan.


Satu petang yang agak dingin,seorang pelajar JAD menjalankan satu servey menggunakan Yahoo Messenger.Spamnya, “Apakah kartun kegemaran anda?” Antara jawapan-jawapan yang diterima ialah Barbie,Wonderpets,Upin dan Ipin, Shin Chan dan Ultraman.Dan hasil daripada servey ini,pelajar itu mendapati bahawa rata-rata pelajar JAD sangat menyukai Ultraman. Ultraman berada pada tangga teratas,diikuti pula dengan Shin Chan dan seterusnya Upin dan Ipin.
Pernah anda dengar bahawa kita dapat menilai personaliti orang lain berdasarkan apa yang digemarinya kerana kebiasaannya apa yang disukainya adalah bersesuaian dengan apa yang ada dalam dirinya.Hal ini logik dan rasional kerana berdasarkan servey yang telah dijalankan pada tahun 2007, bilangan pelajar yang membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan adalah 2 kali ganda daripada permohonan dalam bidang kejuruteraan.Maknaynya,ramai pelajar lebih cenderung untuk belajar dan mengkaji perkara yang berkaitan dengan dirinya iaitu anatomi.
Membaca personaliti seseorang berdasarkan kartun kegemaran bukanlah satu kaedah yang tepat dalam menilai seseorang jadi ana menggunakan kaedah pukul rata kerana merasakan ia lebih adil.Mungkin antum tidak percaya,tetapi percayalah kerana kaedah ini ada benarnya.Ana bawakan satu contoh.
Futt sangat menggemari kartun dan anak patung Barbie,bagaimanakah perwatakan Futt anda rasa?Secara psikologinya,Futt adalah seorang yang suka kepada fashion,pakaiannya mesti lawa dan menarik.Tak percaya? Cuba tanya kepada sesiapa yang berfashion,kartun apakah kegemarannya. ( ^^)
Ana tidak akan meneka perwatakan orang yang menyukai Ultraman dan Shin Chan,sebaliknya ana akan menceritakan kebaikan dan keburukan kedua-dua kartun kesayangan budak-budak JAD ini dan pada akhirnya,nilailah pada diri anda sendiri.
Ultraman Ace, Leo and 80 by JazZ_React
Hebat macam Ultraman
Gabang dan Ultraman merupakan 2 makhluk yang berbeza tetapi dari kecil lagi ana menyatukan 2 makhluk ini menjadi satu.
“Ultraman Gabang!!!!”Jerit ana sebelum menumbuk perut abang ana semasa kecil dulu.
Selepas cerita Gabang tamat,Ultraman Taro pun muncul menyelamatkan dunia.Dia sangat hebat,semua rasaksa perosak bumi dihapuskan dengan ‘fire’ tatkala lampu di dadanya sudah berkelip-kelip.Semasa lampu di dadanya sedang berkelip-kelip,Ultraman Taro berada dalam keadaan nazak tapi ana lagi nazak.
“Mati la die…alamak..takde la taro lepas ni..”hati kecil sedang bermonolog.
Tapi,mungkin lumrah sesuatu cerita,hero akan menang akhirnya walaupun dalam satu episod,Taro sudah meninggal tetapi dihidupkan balik oleh keluarga Ultraman.
Persoalannya,benarkah Ultraman Taro hebat kerana menyelamatkan bumi atau untuk menjelaskan lagi persoalan ini,kita ubah sedikit soalan, adakah benar ultraman Taro penyelamat bumi?
Mana tidaknya,dalam dia membunuh rasaksa durjana,hancur bangunan-bangunan di sekelilingnya.Musnah pokok-pokok ,mati taugeh-taugeh dan rosak semua kacang botol.Walhal,jika difikirkan,boleh je die ambil rasaksa tu dan teleport ke tempat lain tapi di bumi juga dijadikan medan pertarungan.
Menunjukkan kehebatan diri dengan menghancur atau memudaratkan orang-orang di sekeliling,adakah ini hebat namanya?Berdakwah tapi hancur hati-hati orang yang didakwahnya kerana terasa dengan kata-katanya yang tajam,lalu orang-orang ini pun lari dari Islam.Betul,dia hebat kerana mampu berdakwah tapi apa yang terjadi kepada hati-hati yang didakwahnya?Hancur luluh,segala perkara tentang Islam menjadi hambar,hitam putih, tidak menarik. Adakah ini hebat?
2 jam dia berdiri mendirikan solat sunat tasbih tapi anak isteri menangis di tepi kerana kelaparan.Benar,dia hebat kerana mampu mendirikan solat tasbih yang agak lama tapi bagaimana pula nasib si anak dan isteri yang sedang bertarung dengan kelaparan sampai nak mati?
Seorang imam membaca surah al-baqarah.Wah,hebat sungguh pak imam tapi rupa-rupanya dia tidak sedar di belakangnya ada pakcik-pakcik yang sedang membilang hari untuk menyahut panggilan Ilahi.Pak imam lupa di belakangnya ada muallaf yang baru sahaja memeluk Islam,rukuk pun tidak betul lagi.Pak Imam tidak ternampak bahawa di belakangnya ada Mohsein yang kakinya terseliuh kesakitan tetapi dia solat secara berdiri.Sungguh,pak Imam seorang yang hebat kerana membaca surah Al-Baqarah tetapi bagaimana pula dengan makmum-makmumnya?
Inilah prinsip Ultraman.
Adakah mereka-meraka ini boleh dikatakan hebat?
Shin_Chan_14 by eliasenoc2007
Mulia macam Shin Chan
Si comel berbaju merah dan berseluar kuning,sememangnya satu idola yang cukup terkenal.Walaupun dikeji oleh masyarakat dunia namun diberi pengiktirafan tertinggi oleh presiden Jepun kerana mesej yang cuba disampaikan oleh pelukis kepada penontonnya.
Apakah mesej yang hebat sangat sehingga presiden Jepun mengangkatnya menjadi kartun terbaik di Jepun sedangkan kalau diteliti balik kartun-kartun di Jepun,banyak lagi kartun-kartun yang mengajar kanak-kanak supaya berakhlak tetapi kenapa Shin Chan?
Ada apa dengan Shin Chan?
Shin Chan membuktikan realiti budak-budak sekarang,realiti yang pahit tetapi wajib ditelan oleh sesiapa yang hidup pada era ini.Jom kita simpulkan cerita ini dari awal hingga akhir supaya kita dapat lihat mesej yang cuba disampaikan oleh pelukisnya.
Pada cerita,pelukis akan cuba mewujudkan sesuatu yang diingin oleh Shin Chan,selepas itu,Shin Chan akan berusaha keras untuk mendapatkannya walau dengan apa-apa cara sekalipun.Disebabkan cara yang digunakan itu salah,dia akan dihukum oleh ibunya.-The End-
Nampak?
Pelukis cuba memberitahu kepada kita apa yang tidak boleh dibuat.Ini apa yang ana terfikirlah,mungkin antum ada cadangan tersendiri.Terpulang.
Tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pelukis menyampaikan mesej ini iaitu Shin Chan terpaksa dikorbankan,Shin Chan terpaksa dimalukan dan Shin Chan terpaksa dijadikan bahan lawak.Shin Chan terpaksa membodohkan dirinya supaya orang lain dapat mesej.Adakah ini dianggap mulia?
Ingin mencegah kemungkaran dengan kita melakukan kemungkaran,adakah ini dipanggil mulia?
Seorang kawan kita yang asyik berpegang tangan dengan couplenya,kita tahu dia asyik berbuat dosa dan kita berasa sedih bagi pihaknya.Untuk memberhentikan dia daripada melakukan dosa,kita mengorat awek dia dan kita pula yang berpegang tangan dengan awek dia.Jadi,dia tidak perlu lagi untuk berbuat dosa.Adakah ini kita panggil mulia?
Seorang pelajar ingin bunuh diri kerana tertekan dengan XM,puas kita melarangnya tapi dia tidak dengar.Akhirnya kita pom bunuh diri dengan harapan dia takut melihat kita mati dan dia tidak membunuh diri.Adakah ini kita panggil mulia?
Inilah prinsip Shin Chan.
Adakah ini mulia?
Anda pula macamana?Apakah kartun kegemaran anda? =D