About Me

My photo
nur azleen binti azizan. .19. makan-makan. buncit. sayang family. sedikit nakal. suka pepak ais ketol. terlalu syg kat mbe. susah sgt nak marah. wish all of u hepy befrend wif me.

goodbye ramadhan hello eid day!

Tak berapa hari lagi dah nak habeh sebulan kita posa walaupun aku posa tak cukup.hha.normal lah tuh pompuan kan.btw,SELAMAT HARI RAYA TO THOSE MUSLIM WHEREEVER YOU ARE WITH UR BELOVED FAMILY=).raya kali ni aku sedeh sikit la sebab raya tanpa si dia di sisi.nak buat macam mana.taun lepas ada jugak org tanya baju awak kaler apa?raya kat mana?n bla3.skrg pun maseh ada tapi situation tak sama.so sdeh sikit la.tapi apa2 pun bangga la sebab leh buat kawan lagi.macam tu la org mau kan.kawan sampai  ke mati.but dalam ati tuhan saja yang tau.sebakk dowwh.okay2.takmau sedeh dah.taun ni aku raya kat umah ja kot.sebab cuti pon tak lama.raya ke 4 dah start kelas.siap ada testt beb.terbaik lah lecturer.sayang sangat2 kat PUAN ROHALAN.bhahahah.tapi seb la sub feveret aku=ENGINEERING MATHS 3.so tak kesah la.bagi soklan jawab ja wat tak tau.hha.taun ni happening sikit raya bab anak mnakan aku dah boleh jalan!yeyyyy.comelll sangat la.rasa cam nak sepak ja bontot.muahahah.tapi balik kampung tak bes sangt bab kezen2 suma banyak raya kat kl.nnti duit raya pon berkuranglahh=(sob3.n raya kedua ada makan2 sikit kat umah aku ni.buat OPEN HOUSE.suma membe2 saudara saudari dijemput hadir yah di TMN RAKYAT MERGONG.tempat ramai rakyat tuh.bahahaha.pemes tau taman aku tuh.umah aku nak kata besaq takla besaq sangat.tapi lau nak kira bilik tdoq saja ada dalam 7 bilik tak campoq bilik lain lagi.hhha!nak buat umah sewa pon boleh aih.okaylah.takdak pa dah.SEMOGA HARI RAYA KALI NI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUM2 NYA.INSYAALLAH.=)SELAMAT HARI RAYA YER KAWAN2.LOVE YOU!

when areleen talked about zodiac=)

Never believe in 3 peoples:Saggitarius,Aries,Pisces.
>They are the most selfish and mean.


Never lose 3 peoples :Taurus,Cancer,Capricorn.
>They are the most sincere and true lovers


Never share with 3 peoples:Virgo,Libra,Scorpio.
>They can never keep secret and cheat people by crocodile tears.


Never reject 3 peoples:Leo,Gemini,Aquarius.
>They are true friends and never think bad for anyone.


This is true BRO!lets check it out.


do check your frends or ur lovers outside =)

moshi! moshi!

haip..moshi moshi! tiba-tiba je hari ni terasa nak buat tajuk serius pasal sifat lahiriah manusia ni. EGO. sekali lagi, E to the G to the O!! yang jugak bermaksud, bodoh sombong. err. ye ke? haha. 

tapi kali ni rasa malas lak nak taip. ni saya ada kumpul beberapa komen yang bagi saya menjelaskan antara lelaki dengan perempuan, mana lebih ego.

anda tengok, anda baca, anda fahami, anda nilai!!

saya ada bawak 7 orang tetamu jemputan yang mungkin ada pandangan atau pendapat sama macam korang semua. dan mugkin lain. tapi tak pe, jangan susah hati. kita baca je.layanzzz~!


**kemacuran : kemachoan.








haha..nak tergelak, nak terasa, nak menangis (eh, tiba-tiba!) pun ada bila baca segala macam pendapat dari tetamu jemputan ni. most of the pendapat tu berkenaan pengalaman diorang tentang kehidupan atau asam garam bercinta. cewwah! kan main kau. ye la. dah cari penat cari pendapat tentang ego dalam persahabatan ke, apa ke. tapi nampaknya tetamu kita lebih berminat ke arah tu. ahaks!! terima je la kan.

so, huraian saya sendiri menyatakan. kalau betul pun kita ni ego, kita takkan pernah sedar sebab yang orang duk cakap kita ego tu adalah sebenarnya salah satu cara bela diri. tak kisah la bela diri dari cerca ke, pandangan orang yang merendah-rendahkan kita ke, apa ke. yang pasti, bagi saya, ego ni perlu ada dan biarlah bertempat ok!!

kalau lelaki, normalnya akan cakap perempuan ego, dan perempuan pulak akan cakap sebaliknya. maka, sampai kiamat pun takkan usai persoalan ni. adeh.foning2.zazzZZZZZ~~layan jer

hebat macam ultraman,mulia macam shin chan.


Satu petang yang agak dingin,seorang pelajar JAD menjalankan satu servey menggunakan Yahoo Messenger.Spamnya, “Apakah kartun kegemaran anda?” Antara jawapan-jawapan yang diterima ialah Barbie,Wonderpets,Upin dan Ipin, Shin Chan dan Ultraman.Dan hasil daripada servey ini,pelajar itu mendapati bahawa rata-rata pelajar JAD sangat menyukai Ultraman. Ultraman berada pada tangga teratas,diikuti pula dengan Shin Chan dan seterusnya Upin dan Ipin.
Pernah anda dengar bahawa kita dapat menilai personaliti orang lain berdasarkan apa yang digemarinya kerana kebiasaannya apa yang disukainya adalah bersesuaian dengan apa yang ada dalam dirinya.Hal ini logik dan rasional kerana berdasarkan servey yang telah dijalankan pada tahun 2007, bilangan pelajar yang membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan adalah 2 kali ganda daripada permohonan dalam bidang kejuruteraan.Maknaynya,ramai pelajar lebih cenderung untuk belajar dan mengkaji perkara yang berkaitan dengan dirinya iaitu anatomi.
Membaca personaliti seseorang berdasarkan kartun kegemaran bukanlah satu kaedah yang tepat dalam menilai seseorang jadi ana menggunakan kaedah pukul rata kerana merasakan ia lebih adil.Mungkin antum tidak percaya,tetapi percayalah kerana kaedah ini ada benarnya.Ana bawakan satu contoh.
Futt sangat menggemari kartun dan anak patung Barbie,bagaimanakah perwatakan Futt anda rasa?Secara psikologinya,Futt adalah seorang yang suka kepada fashion,pakaiannya mesti lawa dan menarik.Tak percaya? Cuba tanya kepada sesiapa yang berfashion,kartun apakah kegemarannya. ( ^^)
Ana tidak akan meneka perwatakan orang yang menyukai Ultraman dan Shin Chan,sebaliknya ana akan menceritakan kebaikan dan keburukan kedua-dua kartun kesayangan budak-budak JAD ini dan pada akhirnya,nilailah pada diri anda sendiri.
Ultraman Ace, Leo and 80 by JazZ_React
Hebat macam Ultraman
Gabang dan Ultraman merupakan 2 makhluk yang berbeza tetapi dari kecil lagi ana menyatukan 2 makhluk ini menjadi satu.
“Ultraman Gabang!!!!”Jerit ana sebelum menumbuk perut abang ana semasa kecil dulu.
Selepas cerita Gabang tamat,Ultraman Taro pun muncul menyelamatkan dunia.Dia sangat hebat,semua rasaksa perosak bumi dihapuskan dengan ‘fire’ tatkala lampu di dadanya sudah berkelip-kelip.Semasa lampu di dadanya sedang berkelip-kelip,Ultraman Taro berada dalam keadaan nazak tapi ana lagi nazak.
“Mati la die…alamak..takde la taro lepas ni..”hati kecil sedang bermonolog.
Tapi,mungkin lumrah sesuatu cerita,hero akan menang akhirnya walaupun dalam satu episod,Taro sudah meninggal tetapi dihidupkan balik oleh keluarga Ultraman.
Persoalannya,benarkah Ultraman Taro hebat kerana menyelamatkan bumi atau untuk menjelaskan lagi persoalan ini,kita ubah sedikit soalan, adakah benar ultraman Taro penyelamat bumi?
Mana tidaknya,dalam dia membunuh rasaksa durjana,hancur bangunan-bangunan di sekelilingnya.Musnah pokok-pokok ,mati taugeh-taugeh dan rosak semua kacang botol.Walhal,jika difikirkan,boleh je die ambil rasaksa tu dan teleport ke tempat lain tapi di bumi juga dijadikan medan pertarungan.
Menunjukkan kehebatan diri dengan menghancur atau memudaratkan orang-orang di sekeliling,adakah ini hebat namanya?Berdakwah tapi hancur hati-hati orang yang didakwahnya kerana terasa dengan kata-katanya yang tajam,lalu orang-orang ini pun lari dari Islam.Betul,dia hebat kerana mampu berdakwah tapi apa yang terjadi kepada hati-hati yang didakwahnya?Hancur luluh,segala perkara tentang Islam menjadi hambar,hitam putih, tidak menarik. Adakah ini hebat?
2 jam dia berdiri mendirikan solat sunat tasbih tapi anak isteri menangis di tepi kerana kelaparan.Benar,dia hebat kerana mampu mendirikan solat tasbih yang agak lama tapi bagaimana pula nasib si anak dan isteri yang sedang bertarung dengan kelaparan sampai nak mati?
Seorang imam membaca surah al-baqarah.Wah,hebat sungguh pak imam tapi rupa-rupanya dia tidak sedar di belakangnya ada pakcik-pakcik yang sedang membilang hari untuk menyahut panggilan Ilahi.Pak imam lupa di belakangnya ada muallaf yang baru sahaja memeluk Islam,rukuk pun tidak betul lagi.Pak Imam tidak ternampak bahawa di belakangnya ada Mohsein yang kakinya terseliuh kesakitan tetapi dia solat secara berdiri.Sungguh,pak Imam seorang yang hebat kerana membaca surah Al-Baqarah tetapi bagaimana pula dengan makmum-makmumnya?
Inilah prinsip Ultraman.
Adakah mereka-meraka ini boleh dikatakan hebat?
Shin_Chan_14 by eliasenoc2007
Mulia macam Shin Chan
Si comel berbaju merah dan berseluar kuning,sememangnya satu idola yang cukup terkenal.Walaupun dikeji oleh masyarakat dunia namun diberi pengiktirafan tertinggi oleh presiden Jepun kerana mesej yang cuba disampaikan oleh pelukis kepada penontonnya.
Apakah mesej yang hebat sangat sehingga presiden Jepun mengangkatnya menjadi kartun terbaik di Jepun sedangkan kalau diteliti balik kartun-kartun di Jepun,banyak lagi kartun-kartun yang mengajar kanak-kanak supaya berakhlak tetapi kenapa Shin Chan?
Ada apa dengan Shin Chan?
Shin Chan membuktikan realiti budak-budak sekarang,realiti yang pahit tetapi wajib ditelan oleh sesiapa yang hidup pada era ini.Jom kita simpulkan cerita ini dari awal hingga akhir supaya kita dapat lihat mesej yang cuba disampaikan oleh pelukisnya.
Pada cerita,pelukis akan cuba mewujudkan sesuatu yang diingin oleh Shin Chan,selepas itu,Shin Chan akan berusaha keras untuk mendapatkannya walau dengan apa-apa cara sekalipun.Disebabkan cara yang digunakan itu salah,dia akan dihukum oleh ibunya.-The End-
Nampak?
Pelukis cuba memberitahu kepada kita apa yang tidak boleh dibuat.Ini apa yang ana terfikirlah,mungkin antum ada cadangan tersendiri.Terpulang.
Tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pelukis menyampaikan mesej ini iaitu Shin Chan terpaksa dikorbankan,Shin Chan terpaksa dimalukan dan Shin Chan terpaksa dijadikan bahan lawak.Shin Chan terpaksa membodohkan dirinya supaya orang lain dapat mesej.Adakah ini dianggap mulia?
Ingin mencegah kemungkaran dengan kita melakukan kemungkaran,adakah ini dipanggil mulia?
Seorang kawan kita yang asyik berpegang tangan dengan couplenya,kita tahu dia asyik berbuat dosa dan kita berasa sedih bagi pihaknya.Untuk memberhentikan dia daripada melakukan dosa,kita mengorat awek dia dan kita pula yang berpegang tangan dengan awek dia.Jadi,dia tidak perlu lagi untuk berbuat dosa.Adakah ini kita panggil mulia?
Seorang pelajar ingin bunuh diri kerana tertekan dengan XM,puas kita melarangnya tapi dia tidak dengar.Akhirnya kita pom bunuh diri dengan harapan dia takut melihat kita mati dan dia tidak membunuh diri.Adakah ini kita panggil mulia?
Inilah prinsip Shin Chan.
Adakah ini mulia?
Anda pula macamana?Apakah kartun kegemaran anda? =D

selamat hari abah!

next week 20 jun hari ayah sedunia kan??okay abah.SELAMAT HARI ABAH!sayasayangsamaabahketatketat.heeee.nak bagi adiah apa kat abah??haa.dah bli da kat abah.ada kat umah adiah tu.adiah ape ye??wallet,n belt je...tapi mahai woo beli..tyme tuh ada offer so bli je larrhhhh.takkan asek nak bli kat "KAWAN" tuh ja kot kan.-sigh-hehhe.okaylah.semoga abah panjang umoq n dimurahkan rejeki sampai bila2.abah adalah abah yang terbaik dari ladang.tu time abah okayla.tyme abah marah,abah adalah abah paling garang di dalam dunia ni.hha.COOL!abah.hazama menang AF.tak bestttttt.tu la abah silap undi kot.=)



ni abah saya!eh slap.ni SETH TAN saya!


ni la abah saya!

byeeee...!

have fun at suria KLCC+penatt.

more on FB!

cicakk!

 suka pix nih!

 terowongg.

tayang alip!
likelikelike

kenapa perlu memilih arkitek sebagai teman hidup???

please enjoyed ur reading!!!



1. Arkitek sangat sabar orangnya

Bukti: Tak caye?? Dah la pengajian diorang 6 tahun.. Fuuu, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak abes tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak' ngan client kalau design diorang x best.. Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah2kan pasangan anda sekiranya mereka wat salah. InsyaAllah mereka akan sabar menempuh dugaan tersebut. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la..

.


2. Arkitek tak kisah berjaga malam.
Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan tugasan dan assignment diorang. Kelebihan: Nanti kalau baby anda lambat tido atau nak tukar lampin lewat2 malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa.

3. Arkitek adalah lebih romantik berbanding profesen lain.
Bukti: Semua benda diorang wat adalah ngan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti client reject. Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan.

4. Jimat kos buat rumah.
Bukti: Dah terbukti mereka bleh design rumah macam2 pesen.. Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah cane, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tade projek (pokai).


5. Rumah bersepah tak ape.
Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek) Kelebihan: Jadi anda takyah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu wat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain!

6. Kretip.
Bukti: Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kretiviti yang tinggi untuk disukai oleh client. Kelebihan: Kekretifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la).

7. Sensitip.
Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik. Kelebihan: Kalau anda ade masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling, itu saye tak tau la.

8. Secure!
Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah tak dapat CF (Certificate of ... ape ntah). Kira sijil layak menduduki la. Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak2 anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya. ....

Kesimpulan: Justeru itu, apa anda tunggu lagi?? Hahahaha (gelak poyo). Hubungilah mane-mane firma arkitek untuk berkenalan dengan mereka. Haha. Tapi jangan kaco laki orang sudey..dipetik di dalam buku mana tah ni.hha!sempoi kan?